TADIKA ONLINE STADEE

Pendaftaran dibuka hanya 3 hari

26, 27 & 28 Jun 2020

10.00am - 02.00pm

Dapatkan E-Book Percuma sekarang

PROMOSI

"NOT JUST A STUDY"

 

Stadee™ adalah pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Objektif utama Stadee™ dibangunkan adalah untuk membantu ibubapa mempersiapkan anak-anak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Selain itu melalui program yang ada di Stadee™ ibubapa dapat meningkatkan potensi anak-anak tanpa mengikut topik yang ditetapkan oleh tadika.

Anak-anak boleh belajar mengikut kemampuan mereka jika cepat belajar boleh terus ke topik yang seterusnya tanpa perlu menunggu rakan-rakan lain. Sekiranya mereka belum faham mereka boleh mengulanginya semula tanpa had sehingga memahaminya. Di sini juga anak-anak mendapat pendedahan awal dengan teknologi selari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dalam cara yang positif.

Stadee™ juga membuat satu revolusi pembelajaran baru yang menekankan aspek mengenal Allah dalam setiap pembelajaran untuk membina pembangunan modal insan yang menggabungkan 3 potensi iaitu fizikal, emosi dan spiritual serta 3 kecerdasan iaitu IQ, EQ dan SQ.

Not Just A Study adalah slogan Stadee™ kerana di sini bukan sekadar belajar ia adalah kaedah New Normal untuk belajar di mana-mana sahaja dan bila-bila masa. Stadee™ ditubuhkan oleh Stadee International Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Malaysia yang berdaftar.

Kewujudan Stadee™

 

Stadee™ bermula apabila anak-anak tidak dapat ke sekolah dan mengikuti sistem pendidikan formal dalam bilik darjah kerana isu Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini. Maka dari situ tercetus inisiatif untuk membantu golongan ibubapa yang mengalami kepayahan mendapatkan sumber pendidikan yang sepatutnya kepada anak-anak mereka.

Stadee™ dibina dengan memberikan penekanan kepada subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik dan Sains. Begitu juga subjek tambahan seperti Membaca Bahasa Melayu, Membaca Bahasa Inggeris, Membaca Al Quran dan Menghafaz Surah juga ditekankan.   

Stadee™ menyediakan sukatan pelajaran yang komprehensif, mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) malahan dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman luas serta berkelayakkan. Pastinya anak-anak anda akan gembira menggunakannya kerana ianya dipersembahkan dengan ceria dan menarik sekali malahan manfaat ilmu yang ditekankan adalah lebih meluas kepada pembinaan adab dan nilai murni dalam kehidupan anak-anak. 

Stadee™ dibangunkan oleh gabungan pengusaha dan pemilik Pendidikan di Malaysia yang mempunyai latar-belakang di dalam ilmu Pendidikan kanak-kanak yang sentiasa komited dan dinamik mencari ikhtiar dan berusaha untuk menyediakan satu platform yang terbaik, mesra pelanggan dan boleh diakses dimana sahaja.

Pendaftaran dibuka hanya 3 hari

26, 27 & 28 Jun 2020

10.00am - 02.00pm

Dapatkan E-Book Percuma sekarang