
Profile Ustazah Isfadiah
Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1994 dengan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam kursus Ilmu Wahyu serta minor dalam bidang Komunikasi. Menyempurnakan Sarjana dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1998.
Bekas guru Sekolah Menengah Agama Hishamudin Klang (1999) dan bekas pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah berkhidmat dari tahun 2000 hingga tahun 2014 di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS) Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya Selangor
Pengamal bertauliah Neuro-Linguistic programing (NLP) (2011). Penceramah bertauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Perunding & Penulis buku Keibubapaan & Kekeluargaan, antara hasil karya beliau adalah 365 Tips Didik Anak Gaya Nabi, 365 Tips Didik Anak Soleh Solehah, Bijak Parenting 365 Tips Didik Anak Remaja dan Tabiyyatul Aulad Fi Islam (Pendidikan Anak Dalam Islam).
Pernah terlibat dalam beberapa program di media massa, seperti TV Al-Hijrah, TV9, TV3, TV1 dan Astro Oasis dalam berbagai program seperti Forum Perdana TV1, Assalamualaikum TV al-Hijrah, Cinta Ilmu Fiqh Wanita, Tanyalah Ustazah TV9, Fiqh Wanita TV3, Bismillah TV3, Musykil Muslimah Astro Oasis, Salam Muslim Astro Oasis, Himpunan Murabbi Astro Oasis, Road to Umrah dan lain-lain. Turut bersiaran di Radio IKIM, Radio Bernama, Sinar FM dan National FM.
Kerjaya Terkini
-
Pengacara Program TV & Pendakwah
-
Pengarah Akademi Keluarga Fitrah
-
Pengerusi Eksekutif Labbaik Travel & Tours
-
Ikon Dakwah YADIM
-
Naib Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara
-
Duta Rasmi Pertubuhan Serantau Muslim