ISFADIAH CLIQUE

PENGENALAN

Satu program latihan dan bimbingan secara tertutup melalui FB LIVE Private Group. Hanya peserta yang mendaftar dapat mengikuti sesi ini.

Kelebihan program ini ialah ia memberi peluang kepada individu yang agak sibuk untuk mengikutinya kerana di adakan pada waktu dan tempat yang fleksibel,

 

Peserta juga dapat mengulangi sesi yang diikuti kerana rakaman sesi bimbingan yang dilakukan akan dipost dalam FB Private Group. Ia juga menjadikan sesi latihan dan peningkatan diri secara atas talian dapat diikuti dari mana juga anda berada.

Sesi ini juga memberi ruang kepada peserta untuk bertanya secara private dan dijelaskan dalam group tanpa mengenali identiti terperinci yang bertanya.

Sesi ini sangat bermakna kerana ia menjadikan peserta lebih terarah dan terbimbing eksklusif bersama Ustazah Isfadiah.

ISFADIAH CLIQUE 3.0

Menawarkan 3 modul yang sering menjadi dilema seseorang wanita.

1. Wanita Berkerjaya & Pengurusan Berkeluarga.

2. Ibubapa dan Karenah Anak Remaja

3. Dunia Cinta Adam & Hawa.

Sinopsis Modul:

Modul Wanita Berkerjaya & Pengurusan Keluarga

Membincangkan konsep berkerjaya dan impak positif kepada kehidupan berkeluarga dan bagaimana mengurus keluarga dan kerjaya sacara efisyen menurut perspektif Islam.

Modul Ibubapa dan Karenah Remaja

Membincangkan teknik dan cara berurusan dengan anak remaja dan cara memahami dunia remaja serta cara menangani konflik remaja ke arah melahirkan remaja yang memiliki nilai yang tinggi.

Modul Dunia Cinta Adam & Hawa

Menyingkap cinta sebenar yang akan membawa kebahagian dunia dan akhirat serta teknik menyuburkan cinta dalam kehidupan berumahtangga.

Pelaksanaan Isfadiah Clique.

Sesi Isfadiah Clique diadakan dengan cara perbincangan terarah menggunakan kaedah note taking, demo, penjelasan dan soal jawab. Setiap modul memerlukan selama 3 jam dibahagi selama tiga hari  ( sesi sejam sehari ) .

Yuran Pendaftaran 

Daftar Satu modul sahaja:  RM99.00

Daftar Dua Modul sahaja: RM150.00

Daftar Tiga Modul:             RM180.00

DISKAUN 25% UNTUK 50 PENDAFTARAN TERAWAL

 

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI;

DR.SAI : 011 -35388736

NANI : 011 - 35015403